Selamat Datang ke Laman Web Koperasi NSTP
 

ATURAN ANGGOTA YANG TELAH BERHENTI TETAPI MASIH MENJADI ANGGOTA KOPERASI (ANGGOTA SAMBUNG) <home>

 Modal Saham dan Modal Yuran

-       Syarat modal saham yang perlu disimpan dalam Koperasi adalah sebanyak RM 1,000.00.

        Caruman boleh dimasukkan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh anggota sambung. (Tidak dimestikan untuk membayar caruman secara bulanan).

        Modal yuran boleh dikeluarkan pada bila-bila yang diperlukan oleh anggota.

 Pinjaman

 Pinjaman yang dibenarkan adalah skim yang tidak melebihi dari jumlah caruman atau modal saham yang dimiliki di koperasi. Pembayaran balik pinjaman adalah melalui arahan bank atau cek tertunda atau apa jua cara bayaran yang dipersetujui antara pihak koperasi dan anggota tersebut.

 Insurans Berkelompok

         Anggota layak menikmati Skim Insurans Berkelompok seperti Takaful Barakah, MCIS-Zurich Ikhtiari, Skim Hospital  Great Eastern dan lain-lain umur 65 tahun.  

        Pembayaran Premium perlu dibuat secara tahunan kepada Koperasi. Contoh : bagi caruman Skim Takaful Barakah RM 10 sebulan, maka pembayaran adalah RM 120.00.  

Tabung Khairat

         Sekiranya anda meninggal dunia disepanjang menjadi anggota, waris anda layak mendapat sumbangan pengebumian sebanyak RM 1,000.00

 Dividen

      Anggota layak menerima dividen setiap tahun. Pengiraan adalah berdasarkan caruman dan modal saham anggota pada tarikh 30 Jun atau 31 Disember (mana yang terendah) pada tempoh berkenaan.  

Hak sebagai Anggota

    Anggota masih layak menghadiri aktiviti-aktiviti Koperasi seperti hadir di mesyuarat agung kawasan, mesyuarat agung perwakilan, hak untuk mengundi dan sebagainya

<home>

Koperasi New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, No.31, Jalan Riong 59100 Kuala Lumpur Tel : 03-22824647/03-22842958
Copyright © 2005 All Rights Reserved.